Tuesday 1 May 2012

Assalamualaikum......
Untuk perhatian pelajar-pelajar Form 5 2011 SMK Seri Aman, Majlis Graduasi dan Perasmian SMK Seri Aman yang akan dirasmikan oleh YB Datuk Dr Puad Bin Zarkhashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 15 Mei 2012. Sila hadirkan diri untuk majlis raptai dan pengambilan jubah pada 14 Mei 2012. Kepada mereka yang sedang belajar ataupun bekerja sila merancang cuti anda bermula 14 Mei. Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-7674801.

Friday 20 April 2012

Kata-kata mutiara...

"Hidup manusia adalah satu siri ujian. Bila sudah terlepas satu ujian yang menantinya adalah satu lagi ujian setelah dilepasinya ujian tersebut, ia mendapati ada ujian lain yang menanti"

"Ilmu umpama air mengalir dari gunung kelembah, tadahlah dengan hati yang merendah kepada ALLAH"

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMKSA

Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung blog ini. Blog ini merupakan blog rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Aman. "Seseorang pemimpin itu hendaklah berilmu dan berpengalaman, mesra, adil, pemurah, sabar dan berlapang dada". Terimalah sedikit kesusahan di dunia yang sementara, dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan akhirat yang berkekalan..............